Apa itu Program eUsahawan?
Program eUsahawan yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menerusi MDEC, telah dilancarkan pada 23 November 2015 tahun lalu. Program eUsahawan adalah merupakan salah satu inisiatif oleh kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Menerusi Program eUsahawan ini juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
eUsahawan Muda
eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasakan keusahawan digital di peringkat akar umbi.
Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum pendidikan demi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menerokai peluang sebagai usahawan digital.
eUsahawan Desa
eUsahawan Desa merupakan program keusahawanan digital untuk usahawan mikro. Program jangka pendek selama 2 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan yang terpilih di seluruh negara.
Apa yang anda akan pelajari?
Semua orang adalah usahawan
Kami di Dr Auto ILPKL yakin bahawa semua ilmu yang kami curahkan boleh dipraktikkan di dunia sebenar untuk menjana pendapatan. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang, jumlah tawaran peluang pekerjaan yang ditawarkan juga turut berubah. Kami yakin dan percaya bahawa:
Semua orang adalah usahawan " - Dr Auto ILPKL, 2017
Apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung” (QS. Jumu’ah: 10)